Monday 11 April 2011

oLd ScHooL ( Clifford Secondary School )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CLIFFORD KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR.

Sekolah nie la tempat aku and kawan2 aku yang nakal ( tapi baik ) menuntut ilmu..banyak sangat kenangan aku kat sekolah nie..dari aku jadi junior (tingkatan 1) mase tahun 2005, sampai la aku berjaya menjadi senior ( tingkatan 5 )yang suke membuli adik2 junior mase tahun 2009. sekolah ni dah dinaik taraf sebagai sebuah sekolah kluster dan skolah lestari..hebat tak hebat lah..bolot 2 terus...hahah
ape yang menarik tentang sekolah nie ialah infrakstuktur binaan bangunan kelas dan pejabat sekolah. sape2 yang datang mesti akan terpegun. mane tidaknye..sekolah nie nampak tua tapi bengunan masih cantik dan kukuh. terselit gak elemen ke-BRITISH-an kat bangunan sekolah nie
tak ke unik bangunan nie..nie bangunan kelas utk dak pra U ( form 6) nak lagi...ha kejap.............
nie pulak bangunan pejabat..tapi sekarang da cat baru..lagi cantik kot
pintu masuk sekolah..heheh..belah kanan tu ade sebatang sungai..tapi tak nampak pulak dalam gambar nie..hahaha..jgn taktau...aku selalu ponteng sekolah ikot pintu nie la..berani mati tu
nie bangunan asrama puteri..aku pernah duduk 5 bulan je..tak tahan la..heheh

SEJARAH CLIFFORD...
Pada permulaan, sekolah ini dinamakan Sekolah Inggeris Kerajaan dan merupakan sekolah yang tertua di negeri pahang.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1913 dan merupakan sebuah rumah kayu beratap nipah yang terletak di jalan Besar bandar Lipis. Guru atau pengengolanya hanya seorang sahaja iaitu En. V.N. Bartlett yang berasal dari negara Ceylon.
Pada tahun 1919 sebuah bangunan dibina di tengah padang sekolah yang ada pada masa ini.Pada tahun 1926 banjir besar telah memusnahkan bangunan tersebut. Pada tahun itu juga sebuah asrama telah dibina dan bahagian bawahnya dijadikan bilik-bilik darjah.
Dalam tahun 1928 sebuah bangunan baru rumah batu dua tingkat telah dibina.dan sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Clifford.Dari tarikh itu sekolah ini dinamakan Sekolah Clifford.
Sehingga 1935 Sekolah Clifford hanya mengajar murid hingga peringkat Cambridge rendah. Setahun kemudian kelas Sijil Sekolah di Pahang dibuka di sekolah ini.
Pada masa pemerintahan Jepun, bangunan Seklah Clifford telah dijadikan Markas Polis Askar Jepun (Kempetai)
Persekolahan disambung semula dalam tahun 1945.
Pada Tahun 1959, Sekolah Clifford telah diletakkan di bawah pentadbiran Guru besarnya sendiri.
Pada tahun 1964, Sekolah Rendah Clifford ber[pindah ke kawasan sendiri, maka semua bangunan yang ada pada masa itu dipulangkan kepada Sekolah Menengah Clifford sebagai hartanya. Seterusnya sekolah Menengah Clifford telah diubah menjadi Sekolah Menengah yang memberi palajaran pada peringkat tingkatan III,IV dan V dalam aliran Inggeris dan tingkatan IV dan V sahaja dalam aliran Melayu.
Pada tahun 1971, kementerian Pelajaran telah meluluskan sebuag bangunan baru. Di antaranya ialah sebuah bangunan mengandungi 4 bilik darjah, dua makmal sains dan perpustakaan,sebuah bangunan kantin, sebuah bangunan bengkel seni dan sebuah dewan.
Pada tahun 1974, kelas Enam Rendah Kemanusiaan dibuka diikuti oleh kelas Enam Rendah Sains dalam 1981.
Dalam tahun 1986, sebuah bangunan asrama 4 tingkat telah dibina bagi menapung murid-murid luar bandar. Pada tahun 1991 pula satu blok mengandungi 16 bilik darjah dan satu blok makmal sains dibina.
Pada tahun 1996, sekolah menengah Clifford telah dikategorikan sebagai 'Sekolah primer'. Setahun kemudian Kementerian pendidikan memilih Sekolah menengah Kebangsaan Clifford untuk menjayakan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) iaitu memberi pendidikan rendah pelajar dari kawasan luar bandar terutamanya dari Daerah Lipis dan Raub.

ha...yang nie LAGU SEKOLAH..lagu nie la yang setiap ari Isnin dengan Rabu aku dok melalak memekik kat padang..hehee...
Kita pelajar semua berikrarlah
Tumpahkan setia kepada agama
bangsa negara
Demi kejayaan bersama
Kita giatkan usaha
berbaktilah sepenuh jiwa
Menjunjung tinggi rukun negara
Menuju Ke Arah Kearifan 


NIE KENANGAN AKU NGAN KAWAN2 KAT SMK CLIFFORD

gambar kenangan bersama encik rosli ( abah ) tahun 2009
psiko sains tingkatan 5 di SMK Panglima Garang Abdul Samad
 

   


No comments:

Post a Comment